Diskaun RM 300 untuk setiap pendaftaran bulan ini!
Diskaun RM 300 untuk setiap pendaftaran bulan ini!
Signed in as:
filler@godaddy.com
3 pengumuman mustahak dan mohon semua AMBIL PERHATIAN.
1. Semakan wajib kad suntikan ACWY135 di KLIA terutamanya bagi penerbangan transit QR. Di Jeddah, setakat ini belum lagi disemak walaupun telah ada diterima khabar tentang jemaah travel lain yang transit di Doha dan tidak dibenarkan masuk ke Saudi kerana gagal menunjukkan kad suntikan masing-masing.
2. Peraturan baru masuk Raudhah. (12 Januari 2025)
Maklumat disampaikan oleh Suhail pegawai Hussam.
- Setiap kali kemasukan ke Raudhah mesti ditunjukkan visa Hussam sama ada kertas atau pun pdf dalam telefon.
3. Penggunaan handphone menggantikan passport melalui apps Myborder Pass. Untuk makluman semua, mulai Jan 2025, jemaah yang ingin keluar dan masuk negara Malaysia hanya perlu berbuat demikian melalui apps Myborder Pass sahaja.
Mohon semua jemaah untuk bersiap sedia dan download apps Myborder Pass sebelum tarikh departure masing - masing.
Bermula Isnin 28/11/2022, Kedutaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah visa umrah warganegara Malaysia perlu membuat scan bio jari sebelum visa boleh diproses. *VISA UMRAH -PERLU APPLY BIOMETRIK
Ini bermaksud:-
1. Sebelum jemaah menghantar passport, proses biometrik jari perlu dibuat sendiri oleh jemaah atau dibantu oleh pegawai di Cawangan. (Sila simpan salinan passport untuk rujukan)
2. Proses scan biometrik wajah & jari perlu dibuat menggunakan smartfon yang ada resolusi gambar yang berkualiti tinggi.
3. Proses ini di buat melalui apps Saudi Visa Bio. Jemaah perlu muat turun apps Saudi Bio Visa di GooglePlay Store untuk pengguna android dan pengguna IPhone melalui Appstore.
4. Boleh lihat video panduan Saudi Visa Bio di https://youtu.be/3B6C5YzaWGA.
5. Hanya untuk visa umrah sahaja. Proses visa tourist masih seperti biasa setakat hari ini.
6. Hanya bayi di bawah 2 tahun sahaja tidak perlu membuat bio visa.Langkah-langkah untuk membuat biometrik jari ini ialah seperti berikut:Langkah pertama: Proses ini di buat melalui apps Saudi Visa Bio. Pastikan anda download dahulu aplikasi ini di smartphone anda.
Langkah kedua: Imbas passport anda menggunakan kamera belakang. Untuk memastikan imbasan terbaik, elakkan silau atau bayang-bayang pada passport. Mohon semak maklumat seperti nombor passport, nama jemaah, tarikh lahir dan tarikh luput passport dan lain-lain.
Langkah ketiga: Imbas wajah anda menggunakan kamera hadapan untuk pengesahan identiti.
Langkah keempat: Imbas cap jari anda menggunakan camera belakang. Kaedah terbaik untuk mendapatkan scan yang baik ialah:
1) Pastikan latar belakang gelap, berbeza dengan warna kulit anda.
2) Kekalkan jari anda sepanjang proses tangkapan.
Langkah kelima : Selepas selesai membuat saudi visa bio apps, dalam masa sehari jemaah akan dapat email Enrollment Confirmation dan Enrollment ID perlu diberi kepada pegawai pemasaran atau File Manager.
Jika para Jemaah mempunyai masalah dalam proses ini, boleh datang ke ibu pejabat atau mana-mana cawangan yang berhampiran anda.Untuk makluman semua, scan ini akan mengambil masa yang agak lama di bahagian scan jari. Oleh itu, tuan/ puan perlu bersabar dalm melalui proses ini.JIKA CAP JARI TIDAK DAPAT DIBACA KETIKA MELAKUKAN BIOMETRIKTerdapat sesetengah jemaah mengalami cap jari yang tidak dapat dibaca disebabkan alur jari atau memang terdapat masalah cap jari. Jadi, terdapat 2 kaedah untuk melakukan Biometrik bagi jemaah yang mengalami masalah cap jari rosak :
Kaedah 1 :
Jemaah perlu dapatkan surat daripada doktor dalam Bahasa Inggeris yang mengatakan jemaah tersebut mengalami masalah cap jari rosak. Kemudian, jemaah bawa surat tersebut ke Notry Public dan Wisma Putra untuk dapatkan cop. Bayaran akan dikenakan sebanyak :
1) Notry Public - RM 50
2) Wisma Putra - RM 20
Kaedah 2 :
Jemaah perlu dapatkan surat pengesahan daripada JPN yang mengatakan jemaah mengalami masalah cap jari. Kemudian, jemaah perlu ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk terjemahkan surat tersebut dalam Bahasa Inggeris. Selepas surat telah diterjemah dalam Bahasa Inggeris oleh ITBM, jemaah boleh pergi ke Wisma Putra untuk dapatkan cop pada surat tersebut.
INFO PENTING
Untuk makluman, setakat ini negara yang wajib menggunakan Saudi Biometrik adalah seperti di bawah:
1) Malaysia
2) United Kingdom
3) Tunisia
4) Bangladesh
5) Kuwait
Selain nama negara di atas tidak perlu membuat biometrik.WARGANEGARA ASING
Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen.
Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia:
https://sspi.imi.gov.my/sspi/
Semakan Status Kawalan Imigresen
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara
My Imaan Travel & Tour Sdn Bhd
Lot 1 Zurich Takaful, Ting 1, Mydin Hypermarket Persiaran Subang Permai subang jaya selangor 47500
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.